Satu Majlis Watikah Pelantikan dianjurkan oleh Lembaga Kecantikan Negara bagi Ahli Penasihat dan Ahli Lembaga 16 Ogos 2022 di Ibu Pejabat Lembaga Kecantikan.
Terima kasih dan penghargaan buat Datin Norlisa Lee Abdullah yang sudi menerima surat pelantikan dan watikah bagi Ahli Penasihat dan juga Dr Eddie Goh yang sudi menerima surat pelantikan dan watikah sebagai Ahli Lembaga.
Semoga dengan pelantikan ini YBhg. Datin Norlisa dan Dr Eddie dapat menyumbangkan idea dan pandangan serta dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh dedikasi demi memajukan industri kecantikan ini bersama Lembaga Kecantikan Negara.