Hari pertama (13 Ogos 2022) LKN menyertai Program Consumer Fun Ride dan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Tapak Parkir AEON BIG Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
Terima kasih KPDNHEP KL yang memberikan kami peluang untuk bersama-sama pengguna dan berkongsi maklumat kepenggunaan di dalam industry kecantikan.
Kami juga mengadakan Kempen Pengambilan dan Pedaftaran Keahlian LKN secara percuma bagi tempoh keahlian 1 tahun hanya bagi mereka yang mendaftar pada 13 dan 14 Ogos 2022 di program ini.
Hari kedua (14 Ogos 2022) LKN menyertai Program Consumer Fun Ride dan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Tapak Parkir AEON BIG Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada Presiden LKN, Encik Nelson Ooi serta isteri, Puan Villie Seow dan juga Timbalan Pengerusi LKN, Encik Alston Tan yang sudi hadir ke tapak pameran sebagai sokongan kepada warga kerja LKN.
Terima kasih kepada Pengarah KPDNHEP KL, Tuan Ariffin Samsudin serta warga kerja KPDNHEP KL yang banyak membantu sepanjang acara dan yang memberikan kami peluang untuk bersama-sama pengguna dan berkongsi maklumat kepenggunaan di dalam industri kecantikan.
Kempen Pengambilan dan Pedaftaran Keahlian LKN secara percuma bagi tempoh keahlian 1 tahun juga amat menggalakkan.