Kecantikan adalah dalam hati setiap orang.
Ini menjadi punca utama Cik Low yang sudahnya cantik ingin mengejar wajar yang lebih sempurna. Memandangkan dia mempunyai bintik-bintik kecil di beberapa tempat di wajahnya, beliau berazam untuk mengurangkan ketidaksempurnaan kecil ini melalui rawatan perubatan. “Setelah melihat iklan mengenai Picolaser melalui media social, saya tertarik dengan iklan tersebut terutamanya dengan harganya yang RM199 sahaja.” Beliau tidak teragak-agak untuk menghubungi juru kecantikan tersebut. Untuk menjalani rawatan Picolaser, beliau diarahkan untuk pergi ke sebuah rumah untuk menjalani rawatan. Bagi menyelesaikan masalah jeragat di wajahnya, beliau pun mengikut arahan yang disebutkan. Pada masa yang sama, beliau juga melihat beberapa pelanggan sedang menjalani beberapa rawatan kecantikan yang lain.
Sebelum rawatan dilakukan, beberapa kakitangan yang mengakui diri sebagai doktor mengambil gambar Cik Low dan memintanya menandatangani pakej. Justeru, proses picolaser dilakukan ke atasnya oleh orang yang dianggap sebagai doktor. Beliau menyangka jeragatnya akan hilang selepas selesai menjalani rawatan, tetapi selepas beberapa hari, mukanya menjadi merah, bengkak dan mengelupas. Beliau terpaksa menjumpa pakar dermatologi selepas tiada sebarang perubahaan dimukanya dan diberitahu bahawa kulitnya memerlukan 6 bulan rawatan untuk menangani masalahnya sekarang. Ini menyebabkan Cik Low tidak dapat menjalani kehidupan seharian. Setelah dinasihati oleh ibunya, beliau telah berhadapan dengan salon kecantikan tersebut. Pihak tersebut tidak mengaku kesalahan malah menyalahkan Cik Low kerana tidak membeli produknya yang boleh mengurangkan kemerahan.
Mengetahui bahawa beliau sudah ditipu, Cik Low menyakinkan diri untuk memberitahu kelakuan yang tidak profesional itu melalui media sosial. Tindakannya turut disertai oleh beberapa mangsa yang lain terhadap etik salon kecantikan tersebut. Kes ini juga menimbulkan kemarahan kepada juru kecantikan tersebut .
Ibu kepada juru kecantikan tersebut telah pergi ke pejabat Cik Low untuk menakutkan beliau, malah mengugut bahawa dia akan memudaratkan keluarganya sekira beliau tidak menurunkan fakta yang disebarkan di media sosial. Cik Low membuat keputusan untuk melaporkan tindakan yang mengancamkan kepada pihak polis. Beliau menerima surat peguam daripada pihak tersebut, lalu Cik Low juga membalas dengan cara yang sah.
Selepas melalui beberapa bulan yang menyeksakan ini, beliau telah kehilangan 6kg. Isu ini telah memberi impak yang besar dalam hidupnya. Beliau berharap tidak ada mangsa yang akan terjebak dalam kelakuan doktor yang tidak bertauliah ini dan menbuat keputusan untuk menyerahkan kesnya kepada Majlis Tindakan Pengguna Negara dan mengadakan siding akhbar untuk menjelaskan segalanya.
Aslton Tan, pengarah di Jabatan Aduan Negara menonjolkan beberapa persoalan yang agak serius terhadap kes ini. Yang pertama, mesin Picolaser mesti digunakan oleh pakar doktor yang mempunyai kelayakan profesional untuk menjalankan perubatan estetika yang diluluskan oleh Biro Kesihatan. Kedua, rawatan picolaser dan semua pembedahan plastik tidak boleh dilakukan di rumah atau di salon kecantikan. Ketiga, pakar kecantikan tidak sama sekali dibenarkan melakukan pembedahan plastik untuk pelanggan. Dalam senarai Biro Kesihatan, tiada lebih daripada 300 doktor yang mempunyai lesen estetik perubatan. Malah bidang khusus yang boleh dilakukan oleh setiap doktor estetik berlesen adalah berbeza, yang jelas dinyatakan dalam buku panduan Biro Kesihatan.
Mengejar kecantikan tidak bersalah, tetapi sebagai pengguna, kita tidak sepatutnya menderita kerana kejahilan kita. Dengan hanya ratusan ringgit, saya telah mengalami banyak masalah dan ia benar-benar tidak berbaloi sama sekali