Akademi
Pendidikan ialah penyebaran pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang memastikan satu amalan sistem pembelajaraan dalam institusi yang bersatu and kukuh dalam masyarakat. Cara menyampaikan intipati pengetahuan ini kepada generasi yang akan datang merupakan kunci utama dalam pendidikan. Ini amat bergantung kepada sistem kawalan. 7 sektor yang diutamakan oleh LKN merangkumi sektor kecantikan, dandanan rambut, kuku, sulaman kening, tatu, spa, kesihatanan dan kecergasan. LKN akan menjemput pakar dalam industri yang berpengalaman dan berwibawa sebagai jawatankuasa pendidikan di LKN untuk menyeragam, menyelidik, menyusun, merancang serta menyelia sukatan pelajaran dalam bidang tersebut. Tujuan utama adalah untuk memupuk pakar industri yang berkualiti tinggi, amanah, jujur dan mematuhi undang-undang supaya ia dapat menjadi sumber kekayaan yang lebih baik untuk masyarakat dan negara, pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan pembangunan manusia.
Sukatan pelajaran yang terdapat di institusi perniagaan dan kolej yang sedia ada dipasaran adalah tidak sekata dan tidak mempunyai piawaian yang seragam. Ini bukan sahaja menyebabkan keliruan dalam pasaran, tetapi juga menimbulkan banyak masalah yang tidah sepatutnya. Selepas tamat pengajian, keupayaan seseorang tidak semestinya dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mungkin menimbulkan masalah sosial. Oleh itu, LKN akan berkerjasama dengan institusi dan agensi kecantikan dalam hal ini untuk membantu dan memastikan sukatan pelajaran mereka adalah bertaraf antarabangsa.
Visi LKN adalah untuk menghasilkan lebih banyak kepakaran untuk negara supaya dapat mempromisikan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. LKN akan melancarkan “Beauty Industry Charity Movement’ yang bertujuan untuk membantu remaja yang berpotensi dan kurang bernasib baik (15 tahun ke atas) untuk merancang laluan hidup mereka agar tidak hilang hala tuju hidup. Focus utama LKN adalah terhadap golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan yatim piatu supaya diberi peluang untuk menceburi dari dalam kursus dandanan rambut, kecantikan dan sebagainya. Pada masa yang sama, projek ini juga dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja yang semakin serius, yang menyebabkan pengecutan pasaran dalam industri kecantikan. Kursus ini akan direka bentuk bersama dengan pakar profesional dan pemilik produk jenama terkemuka di pasaran. LKN akan menaja sepenuhnya projek ini, termasuk kursus, penginapan, makanan dan isu-isu lain. Kami berusaha untuk membentuk lebih ramai pakar untuk menyertai indutri ini demi mengekalkan industri kecantikan yang kami cintai.
Jika anda juga mempunyai ‘passion’ seperti kami, kami mengalu-alukan anda sebagai sebahagian daripada kami. Sila hubungi kami. Kami menantikan untuk mencipta suatu yang lebih hebat untuk industri kecantikan!