Aktiviti

Ramai dikalangan kita yang pasti mengetahui tentang pelbagai jenis anugerah industri kecantikan di pasaran, sama ada ia dianjurkan oleh media atau sektor swasta. Dapat difahami bahawa dalam era yang sentiasa berubah dan berkembang pesat ini, ramai yang mengakui kepentingan untuk mempunyai platform dimana orang ramai dan perniaga boleh mempamerkan pencapaian and bakat mereka. LKN ialah organisasi tidak mengasaskan keuntungan yang diiktiraf dan disokong oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Dengan sokongan padu, LKN dapat menganjurkan pelbagai majlis anugerah industri untuk perniaga dan pakar kecantikan yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Dengan adanya platform yang lebih besar dan beriktiraf dengan kelulusan oleh badan kerajaan, ini akan melekatkan kedudukan perniaga dan pakar kecantikan ke puncak yang berbeza.

Melalui majlis anugerah, LKN dapat memberi pengiktirafan kepada pemain industri kecantikan yang selama ini bergelut di pasaran untuk mendapatkan keyakinan oleh pengguna terhadap produk and perkhidmatan di pasaran. Di era yang penuh dengan maklumat, varasi barang-barang kecantikan adalah tidak terkira. Tanpa saringan dan sistem yang kukuh, pengguna tidak mempunyai satu saluran yang boleh dirujukan sekiranya timbul sebarang masalah. Oleh itu, anugerah yang dianjurkan oleh LKN amat berbeza dengan anugerah yang terdapat di pasaran. Di LKN, selain daripada penyelidikan yang teliti, LKN juga akan menjemput pakar-pakar industri yang berwibawa untuk menyertai barisan hakim, bagi memastikan keseluruhan pemilihan adalah adil and profesional. Lebih penting, jika berlaku sebarang pertikaian keatas produk atau perkhidmatan semasa proses pemilihan calon, LKN akan menyelidik and menyiasat kes tersebut melalui jabatan ‘Aduan’ yang sedia ada.

Dalam rancangan, LKN akan menganjurkan majlis anugerah yang termasuk:

The Top Brand

Seperti namanya, The Top Brand Icon adalah mengenai produk. Selagi produk tersebut mempunyai pengiktirahan oleh Biro Farmaseutikal Kementerian Kesihatan Malaysia, NOT semua produk pengenai dandanan rambut, produk kecantikan, kuku, solekan, produk pelangsingan badan yang tidak melanggar undang-undang produk Malaysia adalah dialu-alukan untuk menyertai anugerah ini. Produk dari luar negara juga bolek mengambil bahagian dengan menyertai sijil jualan, lesen pengeluaran kosmetik serta maklumat produk.

The Beauty Icon

Pakar dalam bidang kecantikan, solekan dan kuku yang mempunyai pengalaman lebih daripada 3 tahun dalam industri kecantikan boleh mengambil bahagian. Peserta hendaklah menyerahkan maklumat peribadi seperti tahap pendidikan, latar belakang, portfolio yang pernah di buat, anugerah (jika ada) serta 200 patah perkataan pengenalan diri. Melalui proses ini, peserta dapat menilai hala tuju dan kejayaan masa depan mereka dengan mengulas kembali reputasi, hubungan, populariti and sumbangan yang telah mereka bina dalam industri selama ini.

Hairdressing Day

Satu anugerah yang istimewa untuk memperingati artis-artist rambut di seluruh dunia atas keghairahan, semangat dan sumbangan mereka untuk mencipta karya avant-garde dan visual yang penuh berwarna-warni. LKN menggalakan artis-artist rambut yang mempunyai impian dan keghairahan dalam industri dandanan rambut untuk mempromosi dan memberi peringatan untuk setiap artis yang cemerlang di dunia.