Lembaga Kecantikan Negara (LKN) dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur serta Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan Aesthetics Device Authority (ADA) sebagai Penganjur Bersama akan menganjurkan forum The Insights & Future of Beauty Industry 1.0.
Panel Speaker terdiri daripada Kementerian, Agensi kerajaan dan wakil industri kecantikan dan mensasarkan kehadiran pengunjung daripada syarikat-syarikat industri kecantikan, pemilik perniagaan industri kecantikan, pelajar-pelajar universiti, kolej dan orang awam.